Tokoh Pengobatan Islam Pertama

Kemahiran utama masyarakat Arab jahiliah bukan hanya dalam sastera malah ilmu kaji bintang dan cuaca yang diperolehi secara tidak formal. Mereka tidak berbakat dalam falsafah namun tidaklah terpinggir daripada pembangunan, mereka juga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang masyhur ketika itu seperti matematik. Mereka ada doktor yang mahir dan cukup yang belajar di Parsi dan Rom. Antaranya ialah al-Harith Ibn Kaladah al-Thaqafi dan anaknya, al-Nadhr Ibn al-Harith.



Ibn Kaladah adalah orang Islam terawal, berasal dari Taif. Beliau banyak merantau dan belajar ilmu perubatan di Yaman dan lebih banyak belajar mengenai obat-obatan di Parsi. Juga berkebolehan dalam musik. Sempat bersahabat dengan Rasulullah dan 4 Khalifah selepas baginda. Saad Ibn Abi Waqas yang jatuh sakit di Mekah sembuh setelah dirawat oleh Ibn Kaladah selepas dipanggil oleh Rasulullah. Ibn Kaladah menyimpan banyak rekor dalam bidang pengobatan dan penyakit2 serta cara merawatnya.



Catatan menarik berkenaan beliau ialah peristiwa beliau menemui Kisra Anu Syirwan, Maharaja Sasan. Pelbagai soalan diajukn oleh maharaja tersebut dan beliau memberikan jawaban2 yang membuatkan maharaja itu tertarik seperti jangan makan terlalu kenyang, jangan berjemur matahari dan perut ialah rumah penyakit. Al-Harith Ibn Kaladah al-Thaqafi wafat pada tahun 634 M
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.