Tokoh Islam Penemu Aljabar

Konsep matematik dalam Islam merupakan ilmu yang berhubung dengan kepercayaan mengesakan Allah S.W.T. Perkataan �Ahda� atau �ahad� dalam firman Allah merupakan suatu simbol Ilmu Hisab (Abdul Rahman Nawas, et.al,1995: 186). Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar.



Dalam Islam, angka pertama ialah satu (1), bukannya angka kosong atau sifar seperti yang dianuti oleh ahli fikir Barat. Wujudnya satu sebagai angka awal dikaitkan dengan kewujudan Allah. Manakala pendapat angka kosong sebagai terawal adalah pendapat sekular Barat yang menafikan kewujudan Tuhan sebelum wujudnya alam. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nomor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nomor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan. Dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut tentang bilangan angka seperti dalam surah al- Nisa� ayat-ayat 10, 11 dan 12 membicarakan tentang waris. Ayat ini menyebut tentang �nisf� (1/2), �rubu� (1/4), �thuluth� (1/3), �sudus� (1/6) dan �thumun� (1/8)



Masyarakat Islam juga melahirkan tokoh2 seperti al-Khawarizmi, Pandagannya dalam algebra banyak berasaskan pandangan al-Khawarizmi Beliau berasal dari Khawarizm atau Khuway, selatan Tasik Aral, Turkistan. Juga dikenali sebagai Abdullah itu kemudian berpindah ke Baghdad. Berkemahiran tinggi dalam bidang matematik, falak, geografi dan sejarah memudahkannya menguasai ilmu2 India dan Greek sekaligus. Beliaulah yang mula2 mengguanakn istilah algebra atau �al-jabr� dalam bahasa Arab. Memperkenalkan sistem angka India kepada orang Arab dan Barat. Istilah matematik, �logaritma� telah dicipta oleh orang Barat bagi mengenang jasa2 beliau. Antara buku beliau yang popular ialah al-Ziq1&2, al-Rakhamah dan al-Tarikh. Yang paling popular ialah al-Jabr wa al-Muqabalah ringkasan buku lain untuk memudahkan pedagang2 membacanya.



Al-Khawarizmi memperkenalkan beberapa simbol yang sistematik terutama angka sifar. Jadual al-Khawarizmi dan �Habasy al-Habib� turut membantu mempercepatkan sistem angka India ini terkenal di dunia. Mulai awal abad ke 5H/11M didapati penggunaan sistem angka baru secara meluas dalam penulisan sarjana-sarjana Islam. Karya beliau dalam bidang matematik yang terkenal ialah �al-Kitab al- Mukhtasar fi Hisab al-Jabr waal-Muqabalah� telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan digunakan hingga abad ke 10H/16M dan jadikan asas yang digunakan di Universiti di Barat. Aljabar merupakan nadi ilmu hisab, dunia mengenal sistem nomor yang ada sekarang menerusi buku karya al- Khawarizmi yang diterjemahkan ke dalam bahsa Latin pada tahun 1120 bertajuk De Numero Indorum.



Persaudaraan Pythagoras yang banyak berjasa dalam mengembang dan memajukan ilmu sains khususnya sains matematik, merupakan sebuah pertubuhan kerohania, akademik dan saintefik dengan kecenderungan yang kuat terhadap falsafah. Tokoh matematik seperti Fibonci, Master Jacob dan Leonardo telah terpengaruh dan menceduk teori matematik al-Khawarizmi dalam kajian mereka. Beliau telah membentuk satu kaedah untuk sebarang persamaan. Kaedahnya hisab al-khatayan telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona seterusnya di terjemah ke Bahasa Inggeris. Angka juga dikenali sebagai �algorismus dan �logaritma� sempena nama al-Khawarizmi



Orang2 pada zaman lampau tidak mengenali angka atau lambang algebra. Walau bagaimanapun, mereka di katakana mengetahui berapa cara menyelesaikan masalah yang belum terbentuk sebagai kaedah yang jelas. Antara yang di sebut termasuklah (A+B)�=A�+2AB+B� Orang-orang Mesir juga mengetahui kira-kira seperti ini. Contoh X�+Y� = 100 Hasilnya y = 3/4x dan x = 8, y = 6 Kiraan inilah kemudiannya menjadi asas sejarah bagi teori Pythagoras, iaitu : A�=B�+C�



Maklumat-maklumat tentang algebra pada kalangan bangsa Mesir boleh didapati daripada tulisan-tulisan ahmasu pada daun bardi. Menjadi asas pada pengembangan kaedah-kaedah algebra di India, dunia arab dan kemudiannya di Eropah pada zaman baru sekarang. Algebra ini tidak pula muncul sebagai suatu ilmu yang tertusun kecuali sesudah ia di terima oleh orangorang Arab. Pengasas ilmu algebra ialah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi. Al- Gabr- wa al- Muqabalah telah menghuraikan tengtang ilmu tersebut sebagai satu cara menyelesaikan masalah yang di dalamnya terdapat bilangan yang tidak diketahui. Sementara al-Muqabalah pula ialah penyatuan sebutan-sebutan tersebut, misalnya dalam persamaan yang berikut: X� � X = 3X + 5 Oleh itu ,�algebra�nya ialah : X� =3X + X + 5, sementara : �al-Muqabah� pula : X� =4X + 5 Oleh sebab itulah nama algebra dikatakan berasal dari perkataan Arab. Sebutan inilah kemudiannya di pindahkan dalam bahasa Inggris, German dan Perancis.



Keulungan al-Khawarizmi disebabkan beliau mencipta persamaan menyeluruh asas kepada persamaan kuadratik. Contohnya : X� + 21 + 10X. Keulungan beliau ketara karena selama lebih kurang tiga kurung selepas beliau meninggal. Algebra tidak banyak berubah dari apa yang diasaskan beliau. Abu Kamil Syuja� ibn Aslam yang hidup sezaman dengan al-Khawarizmi, telah menulis buku Kamal al-jabr wa Tamamuha wa al-Ziyadatul fi Usulihi. Dalam buku tersebut beliau menguraikan beberapa pekara yang agak rumit dalam buku al-Khawarizmi. Kemudian muncul pula seorang tokoh bernama Abu al-Wafa al-Buzjani. Beliau telah mengulas buku Diophante tentang ilmu hisab dan buku al-jabr wa al-Waqabalah oleh al- Khawarizmi dan juga telah menyatukan aliran India dengan aliran Yunani. Al- Karkhi pun berminat, sementara Umar al-Khayam pula meskipun lebih terkenal sebagai penyair namun beliau juga turut dianggap pakar dalam algebra. Uraian mereka inilah kemudiannya berpindah dari Eropah dan menjadi asas kepada apa yang ada pada hari ini.

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.