Sekilas Konsep Tamadun

Tamadun dimaksudkan :



1. Madain atau mudun .

2. Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

3. Civilisation berasal dari Greek civitas bermakna bandar

4. Peradaban manusia.

5. Maksud tamadun dari sudut Barat:

a. Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah spt dalam aspek kebudayaan –penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran.

b. Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan dalam sesebuah masyarakat.

c. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun.

6. Maksud tamadun dari sudut Islam:

a. Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

b. Ibn Khaldun melihat dari aspek kehidupan bandar.

c. Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

7. Ibn Khaldun – nama sebenar Abd Al Rahman Ibn Muhamad.

a. Lahir – di Tunisia

b. Pemikir yang unggul dan asli sosiologi Islam.

c. Menganggap kehidupan bandar ialah kehidudpan bertamadun. Terbentu apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan – maka lahir semangat tolong menolong dan kerjasama.

d. Penulisannya – berasaskan pengalaman.

e. Karya sulung Muqadimmah – guna istilah

· Umran bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju.

· Hadarah – hidup di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, sopan, adan bermoral yang tinggi.

· Karyanya jadi rujukan sarjana barat, bidang sosiologi dan sejarah.

8. Terdapat 6 ciri tamadun iaitu:

a. Petempatan kekal

· Lebih sistematik, tidak berpindah randah.

· Berusaha menternak, bertani, dan mencipta peralatan bagi meningkatkan pengeluaran.

b. Sistem pemerintahan

· Pemerintahan yang bersistem dengan Raja sebagai ketua dianggap mewakili tuhan.

· Adanya sistem perundangan yang mengawal perilaku rakyat, menjaga keamanan dan kemakmuran.

c. Agama dan Kepercayaan

· Manusia mula percaya ada kuasa ghaib yang mengawal sekeliling mereka.

· Wujud kepercayaan animisme dan kemudian politisme dan penyembahan tuhan.

d. Kehidupan berorganisasi

· Wujud lapisan masyarakat yang berperanan spt Raja,pembesar rakyat.

· Dapat aturkan kehidupan yang stabil dan makmur.

e. Pengkhsusan Kerja

· Mengakibatkan peningkatan pengeluaran.

· Berkembangnya pertukaran barangan dan pedagangan.

· Wujud ilmu pengetahuan dan penciptaan teknologi.

f. Bahasa dan Sistem Penulisan.

· Wujudnya bahasa Yunani dan Sanskrit.

· Tulisan hieroglif, cuniefom, ideogram dan piktograf.

· Tersebar ilmu pengetahuan dan perhubungan.

· Digunakan dalam urusan pentadbiran spt penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan.



Proses Pembentukan Tamadun :



1. Pembentukan awal tamadun terletak di lembah sungai spt:

a. Tamadun Mesopotamia di Sungai Euphrates dan Tigris.

b. Tamadun Mesir Purba di Sungai Nil.

c. Tamadun Indus di lembah sungai Indus.

d. Tamadun Hwang Ho di lembah sungai Hwang Ho.

2. Sebab pemilihan lembah sungai sebagai tumpuan tamadun awal:

a. Kesuburan tanah untuk pertanian.

b. Bekalan air untuk keperluan harian dan pertanian.

c. Memudahkan pengangkutan memasarkan barangan dan berhubung.

d. Sumber makanan daripada tangkapan ikan.

e. Sebagai alat perhubungan.




Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.