Sejarah Tamadun Hwang Ho

Latar Belakang



Tamadun awal China telah wujud di Lembah Sungai Hwang-Ho atau Lembah Sungai Kuning pada tahun kira-kira 5000 SM. Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Bukti yang menunjukkan kewujudan Tamadun Hwang-Ho ini ialah perjumpaan manusia homo sapien Cina di Sze-Chuan dan Yang-Tze. Selain itu, manusia Peking juga ditemui dan dipercayai bahawa manusia ini hidup hampir 500,000 tahun dahulu. Kerajaan Shang wujud pada zaman ini tetapi asal-usulnya kabur. Namun begitu, Kerajaan Shang ini dipercayai bermula antara tahun 1700-1600 SM dan berakhir pada tahun 1122-1100 SM.



Pembentukan Bandar



Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut.



Pembentukan Kerajaan



Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripada negara kota itu telah berjaya memperluaskan wilayahnya dengan menawan negara kota yang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat satu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan tenteranya dan negara kota yang lemah pun secara sukarela menunduk terhadap kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang ini diketuai oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan Shang ini beribu kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja Shang yang bernama Zhou Hsin.



Wujudnya Organisasi Sosial



Dalam organisasi sosial Tamadun Hwang-Ho, Raja menduduki hierarki yang tertinggi dalam masyarakat Cina. Di bawahnya, terdapat golongan bangsawan, mereka merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan rakyat. Selepas bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting. Namun begitu, ramai daripada mereka menjadi hamba berhutang pada zaman Dinasti Chou kerana tidak dapat mengeluarkan hasil yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China. Selain itu, terdapat ahli-ahli sihir yang mentafsirkan mimpi raja dan pawang yang menjalankan upacara-upacara di istana Shang.



Perkembangan Teknologi



Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.



Pengkhususan Kerja



Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga merupakan "Tuan Tanah" dan angsawan pula merupakan "Penyewa Tanah". Golongan bangsawan akan ianugerahkan sebuah wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil ang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga mewujudkan istem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti ewangan, pasukan bersenjata, undang-undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 M, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya engawal kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam taupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan diserahkan sebahagian epada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masingmasing enjalankan kewajipan mereka mengikut kemahirannya.



Kepercayaan



Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang. Mereka percaya nenek moyang mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang, mereka akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan retak-retak atas tulang, mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga menyembah Tuhan Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan sebagainya.



Bahasa dan Tulisan



Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud. Tulisan ini menggunakan idea abstrak. Terdapat lebih kurang 3,000 simbol ini kekal selama 3,500 tahun sehingga masa kini. Bentuk tulisan ini dipanggil ideogram. Ia ditulis secara menegak dalam lajur-lajur kecil. Jurutulis yang mahir menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu dan sebagainya. Contoh bentuk tulisan ideogram ialah ? yang mewakili bukit dan ? yang mewakili matahari.



Tamadun Hwang Ho



1. Terletak dilembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.

2. Dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho ialah

a. Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M.

b. Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.

c. Dinasti Chou dari tahun 1050-256 S.M.

3. Proses pembentukan melalui aspek berikut:

a. Lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan.

b. Tapak Banpo yang berhampiran bandar Siam moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.

c. Penduduk menjalan kan aktiviti pertanian dan penternakan binatang,mengumpul hasil hutan dan berburu.

d. Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah Bandar antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.

e. Semasa Dinasti Chou,tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

4. Proses pembentukan negara kota tamadun Hwang Ho ialah

a. Hwang Ho menyuburkan kawasan – tarik petempatan.

b. Tapak Banpo ialah petempatan awal.

c. Asaskan pertanian, penternakan , kutip hasil hutan, memburu .

d. Berkembang - wujud bandar-bandar dan Anyang menjadi negara kota Dinasti Shang.

i. Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

ii. Ketua pemerintah – Raja , golongan pembesar dan golongan agama tinggal di bandar.

iii. Dibandar ini terdapat istana,kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.

e. Dinasti Shang sebar budaya dan luaskan wilayah.

f. Dinasti Chou sebar hingga Sungai Yangtze.



Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho



1. Aspek organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang ialah

a. Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.

b. Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan diluar negara kota ini.

c. Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata,perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk acara keagamaan.

d. Golongan pembesar yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan.

e. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.

2. Aspek sistem pemerintahan Dinasti Shang ialah

a. Sistem pemerintahan berbentuk pemerintahan beraja.

b. Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.

c. Raja-raja berkuasa keatas pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama.

d. Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.

i. Jika raja adil – kerajaan dan rakyat makmur dan sejahtera kerana restu Tuhan – jika tidak sebaliknya.

ii. Percaya Dinasti Shang runtuh kerana zalim.

e. Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.

f. Raja dibantu oleh golongan basngsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.

g. Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem dalam tugas seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.

h. Kezaliman Raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandat menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk diganti

dengan Dinasti Chou. Pemerintahan Raja Chou telah

i. membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.

ii. mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kereta kuda,senjata gangsa,hamba dan binatang.

iii. meminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.

iv. memberi hak kpg pembesar tempatan bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

v. Dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yg urus i. Pertanian ii. Tentera iii. Kerja awam iv. Upacara agama v. Hal ehwal monarki vi. Undang-undang vi. Peringkat wilayah dikendali pembesar feudal.

3. Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan dan peranan masyarakat .

a. Golongan pembesar mempunyai tentera masing- masing terdiri daripada tentera berkuda dan tentera berjalan kaki.

b. Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan,

c. Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan,senjata dan barang tembikar.

d. Golongan hamba berfugsi ;

i. sebagai tentera paksaan

ii. membantu kerja-kerja perburuhan

iii. bagi tujuan koban dalam upacara penyembahan.

4. Agama dan kepercayaan .

a. Sebahagiaan masyarakat mengamalkan kepercayaan anismisme dan politisme.

b. Masyarakat Shang mempercayai politeisme seperti tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.

c. Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.

d. Mereka juga sembah tuhan syurga (Shang Ti)dan Tuhan Bunyi ( Tu). Sembha juga bukit, sungai, dan gunung.

i. Shang Ti – Dewa tertinggi di syurga dan nenek moyang Shang.

ii. Percaya pada kuasa agung – Tien. – suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta atau syurga.

iii. Konsep ini mempengaruhi Yin dan Yang. ??Alam semesta dan kejadiannya terdiri dari dua unsur. ??Yin – kuasa pasif ??Yang – Kuasa aktif

e. Upacara sembah libatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.

f. Tulang oracle berfungsi bagi meramal keadaan.

i. Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan untuk maramalkan untuk mentafsir sesuatu kejadian.

ii. Amalan ini bawa kemunculan sistem tulisan.

5. Sistem tulisan masyarakat Tamadun Hwang Ho berbentuk

a. Rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.

b. Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan simbol.

c. Tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak,bulan,matahari dan sungai.



Sumbangan Tamadun Hwang Ho



1. Aspek Politik

a. Sistem pemerintahan berbentuk monarki hingga Zaman Dinasti Ching.

b. Gelaran Raja bertukar jadi Maharaja.

c. Raja dikatakan anak syurga dan dapat mandat dari syurga.

d. Pemerintahan Dinasti diteruskan sehingga abad ke 20.

2. Aspek Ekonomi

a. Sistem pengairan diperbaharui.

b. Bina terusan untuk pertanian dan elak banjir.

c. Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk pertanian.

d. Menggunakan batas .

e. Maenggunakan alat pertanian daripada kayu kepada besi.

3. Aspek Sosial

a. Sistem tulisan digunakan hingga hari ini.

b. Tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan pencetakan.

c. Tulisan diajar di sekolah-sekolah di Cina.

d. Berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.

4. Agama dan kepercayaan

a. Kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.

b. Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang, diteruskan mengikut kesesusaian masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsure makanan,duit kertas dan barang hiasan.

c. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.

i. Feng Hsui = Dari falsafah Taoisme berlandaskan alam semesta .

ii. Rujuk hubungan manusia dan alam.

d. Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.

e. Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta.

f. Pemerintahan Shang,sistem kalender telah diperkenalkan, terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.

g. Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.

h. Amalan menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan perkuburan atau pengebumian.

i. Falsafah perang Sun Tzu,- ,The Art of War membicarakan selok- belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.

j. Falsafah tersebut diaplikasikan dalam urusan perniagaan.






Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.