Tokoh Falsafah Islam

AL-KHINDI



Al-Khindi adalah Bapak Falsafah Islam. Banyak pihak tertarik untuk mendalami falsafah apabila falsafah Greek dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam, Al-Khindi ialah salah seorang daripadanya. Nama penuh- Abu Yusuf Ya�aqub bin Ishak bin al-Sabah al-Kindi, keturunan raja2 Ghasasinah dan lahir di Basrah. Bapanya ialah pegawai kerajaan Abbasiyah. Beliau gigih menuntut ilmu ketika di Baghdad tetapi hanya terkenal pada zaman Khalifah al-Makmun. Menjadi guru kepada anak khalifah pada zaman pemerintahan al-Mu�tasin iaitu Ahmad. Beliau seorang ahli falsafah Islam yang agung.



Pengetahuan yang luas dalam ilmu dan pemikiran Greek dan hampir mahir dalam semua cabang yang ada. Jumlah karyanya adalah dianggarkan lebih daripada 270 buah, mencakupi bidang metafizik, matematik, logik, falak, geografi, muzik, geometri, perubatan dan ilmu2 lain. Semua iu terkumpul hingga sekarang. Sangat teliti dalam penggunaan istilah dan menjadikan matematik sebagai asas. Minat

yang tinggi dan hasil penyelidikan yang luas dalam sains tetapi masih berminat mantafsirkan alam berlandaskan agama. Gemar bertolak ansur dan tidak angkuh dalam hal2 ilmu. Pandangan beliau tentang falsafah ialah matematik perlukan pengendalian.



Al-Kindi membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam bukunya berkenaan kimia pewangi dan penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan. Al-Kindi adalah insan berjaya dalam kajian kimia. Buku al-Kindi tentang perubatan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin bertajuk �The Books of Optics�,



AL-SARKASHI



Al-Sarkashi merupakan tokoh Pewaris Ketokohan Al-Khindi yang merupakan ahli keluarga dan anak murid al-Kindi. Nama penuh- Abu al-Abbas Ahmad Ibn Muhammmad Ibn Marwan atau lebih dikenali sebagai Ahmad Ibn al-Taiyib al-Sarkashi. Lahir di Sarkhs, sempadan Iran-Rusia. Masyhur dalam perubatan, ilmu warisan masyarakat Arab dan tamadun kuno. Juga ahli bahasa yang baik dan sesekali meriwayatkan hadith termasuklah Hadith �Amru Ibn Muhammad Ibn al-Qasir dan Hadith Ahmad Ibn al-Harth.menjadi Hakim Negara pada zaman pemerintahan al-Mu�tadhid dan sangat rapat dengan pemerintah itu dan menjadi guru dan penasihat. Kelemahan merahsiakan hal2 kerajaan menyebabkan di mati dibunuh al-Mu�tadhid selepas dipenjara 3 tahun. Beliau menulis buku2 mengenai perubatan, masakan dan hal2 fizikal termasuk metafizik.



AL-FARABI



Orang Islam mula kenal falsafah dengan buku2 daripada Yunani dan Greek. Apa yang boleh dilihat pada sarjana Islam ialah mereka belajar banyak bidang ilmu dalam satu masa. Al-Farabi atau nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan Ibn Ulzagh al-Farabi lahir di Wilayah Wasij berhampiran Parab di Turki pada tahun 874M. Anak seorang tentera yang miskin. Di Baghdad, mempelajari bahasa Arab dengan �Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy Ibn Sahl Ibn al-Siraj yang wafat pada tahun 929M. Apabila Baghdad menghadapi pergolakan politik, beliau berpindah ke Damsyik kemudian ke Halab. Beliau bekerja dengan gaji 4 dirham sehari sedangkan penyair al-Mutanabbi menerima 1000 dinar bagi setiap karyanya.



Al-Farabi lahir miskin dan terus miskin hingga akhir hayat, tidak pernah bekerja secara serius. Beliau juga terkenal dengan kemahiran dalam banyak bahasa, cabang ilmu. Selain itu al-Farabi juga mahir dalam muzik dan menghasilkan Kitab al-Musiqi al-Kabir yang menghuraikan alat2 muzik dan teori2 secara teliti. Irama terbentuk daripada pelbagai nada yang disusun dan pencipta gambus. Pengetahuannya juga luas dalam perubatan. Ahli falsafah yang agung dan boleh digelar guru kedua selepas Aristotle. Antara buku karya al-Farabi ialah Risalah fi al-�Aql-tentang akal manusia, Ihsa� al-�Ulumilmu zaman Yunani dan al-Madhinah al-Fadhilah-falsafah politik. Antara pandangannya pula ialah jantung lebih penting daripada otak, pertarungan ialah sifat semulajadi manusia yang menjurus kepada keadilan. Politik pula, seorang ketua perlu dipilih, dan andainya tiada, seorang wakil sementara perlu dilantik. Al Farabi wafat pada tahun 950 M.



IBN AL-HAITHAM



Sarjana yang menguasai ilmu falsafah dan sains antaranya ialah Abu Ali Muhammad Ibn al-Hasan Ibn al-Haitham, lahir di Basrah pada tahun 965m, meninggal di Mesir pada 1039M. Memulakan hidup di Basrah dengan bekerja sambil belajar. Setelah beberapa lama menjadi pegawai pemerintah di sana, beliau memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada pengajian dan penulisan. Pernah tinggal di Mesir dan mengkritik aliran sungai Nil hingga mendapat perhatian serius pemerintah Mesir. Menjelajah jauh ke Aswan untuk menyelidik sungai itu. Faedah diperoleh di Universiti al-Azhar apabila dapat menyalin buku matematik dan falak. Dikenali sebagai seorang yang teliti dan berhati-hati. Menulis tentang berbagai ilmu sains dan sastera. Banyak daripadanya adalah dalam bentuk risalah dan makalah. Berpendapat yang kebenaran hanyalah satu. Antara usaha beliau yang masyhur ialah kajian tentang optik dan penglihatan.



IBN TUFAIL



Ibn Tufail merupakan ahli falsafah, hukum dan politik Beliau dilahirkan lembah Asya, dekat Granada pada 1106M. Menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan perubatan sehingga menjadi menteri. Menjadi pemerintah negeri Morocco yang disegani. Pandai bergaul dan menceburkan diri dalam pendidikan, perubatan, pengadilan dan politik. Kita hanya menerima satu sahaja bukunya iaitu Hay Ibn Yaqzan yang menerangkan satu falsafah dalam diri manusia. Dapat menerima Ibn Sina dan Ibn Bajjah dengan baik tetapi kritis terhadap penulisan terdahulu jadi beliau dapat membuat perbandingan. Buku itui menunjukkan bagaimana beliau menganalisis hubungan antara manusia, akal dan Tuhan. Beliau membuat uraian dan cara2 masalah2 itu. Dalam fizik, diterangkan ada 3 cara kepanasan boleh terjadi iaitu pergerakan, geseran dan pencahayaan. Dalam metafizik, beliau menerangkan bahawa alam ini baru dan berpenghujung.



Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.