Tokoh Ilmu Falak Islam

AL-BIRUNI



Al-Biruni (973-1048M) seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristotles. Beliau banyak mengkritik tentang landasan asas fizik Aristotle seperti hipomorfisma, tempat tabei bagi objek di bumi. Beliau menyangkal kewujudan vakum berdasarkan pemaakulan, cerapan femonmenon tabei dan juga eksperimen. Ketika hidupnya beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti graviti, jirim dan ruang dan gerakan bumi.



Al-Biruni yang berbangsa Parsi ini melakukan sesuatu yang sangat jarang dilakukan orang lain iaitu menguasai bahasa Sanskrit yang asing bagi orang Timur Tengah ketika berada di India sewaktu pemerintahan Sultan Mahmood Ghaznawi. Nama penuh al-Biruni ialah Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Dilahirkan di Birun, Turkistan pada tahun 973M, meninggal pada tahun 1050M di India. Dengan ilmu yang diperolehi daripada Abu Nasr Mansur Ibn Ali Ibn Iraqin beliau berutus surat dengan Ibn Sina. Gemar merantau menambahkan pengalamannya. Ditawan oleh Sultan Mahmood dan sentiasa mengiringi baginda dalam peperangan.



Pengetahuan yang dalam mengenai falsafah Yunani dan juga bagus dalam bahasa Hebrew dan Syria. Sumbangannya yang utama ialah mencipta penggunaan angka2 India menggunakan angka kosong. Menyelesaikan berbagai2 persoalan matematik dan geometri. Berjaya menentukan garis bujur dan lintang bumi serta pergerakan cahaya jauh lebih laju daripada pergerakan bumi. Al-Biruni, seorang yang menguasai ilmu Timur dan Eropah. Al Biruni merupakan nama besar dalam bidang kajian geografi Islam.



NASIRUDDIN AL-TUSI



Perubahan politik dalam dunia Islam tidak menyekat perkembangan ilmu. Meskipun penulisan kreatif banyak terjejas karena kekacauan politik, penyelidikan dan penulisan ilmiah masih berjalan baik. Nasiruddin al-Tusi, keturunan Parsi mencapai kecemerlangan pada waktu itu. Abu Ja�far Muhammad Ibn Muhammad al-Hassan. Lahir di Tus, Iran pada 1201M. Beliau turut serta dalam gerakan memeperluaskan jajahan takluk oleh Hulagu. Menetap di Baghdad sehingga meninggal dunia pada 1274M, dikebumikan di Masyhad al-Kazimiyah.



Mewariskan kitab hasil penulisan dalam bidang geometri, fizik. Algebra dan falak. Juga karya keagamaan berkaitan akidah dan hukum. Kepakaran utama adalah bidang astronomi, menghasilkan banyak teori. Hulagu membina pusat kaji bintang yang besar bagi mengiktiraf kemahiran beliau. Beliau dapat memperoleh kejayaan walaupun lahir ketika politik mengalami

pergolakan. Astronom kawakan dari Damaskus yang melakukan penelitian tentang gerakan planet-planet, membuat model planet (planetarium) jauh sebelum Copernicus.



Dalam satu cabang matematik tentang fungsi rajah segi tiga, nisbah antara garis dan sudut2 yang terbentuk. Masyarakat silam menggunakan ilmu ini untuk tujuan pelayaran. Orang2 Mesir dan Babylontahu banyak tentang kaedah trigo ini, namun teorinya telah lahir di Yunani bahkan orang India juga banyak tahu tentang ilmu ini. Orang2 Islam beljar ilmu ini dari kedua2 sumber Yunani dan India menjadikan ilmu tersebut ilmu khusus dan digelar ciptaan Islam. Orang Yunani pula hanya menggunakan ilmu ini sebagai sampingan sahaja. Antara tokoh yang mahir dalam ilmu trigoini ialah Nasirudin al-Tusi

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.