Zaman PraSejarah Dunia
1. Terbagi kepada 4 tahap atau zaman
a. Zaman Paleolitik
b. Zaman Neolitik
c. Zaman Mesolitik
d. Zaman Logam
2. Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya Arkeologi ialah kajian terhadap
a. Artifak � peninggalan ciptaan manusia (pasu, mangkuk, tembikar, pisau dll)
b. Ekofak � peninggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan
c. Feature � peninggalan struktur bangunan, lubang sampah yg tak dapat di ubah.
3. Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan Mesolitik
a. Hidup secara nomad iaitu berpindah randah
b. Tinggal di tepi danau, sungai atau gua.
c. Hidup dalam kelompok keluarga secara berkumpulan.
d. Kehidupan dengan berburu, hasil hutan, dan menangkap ikan.
e. Peralatan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak kepada nilai estetika dan seni
4. Manusia zaman neolitik lebih bertamadun daripada Paleolitik dan mesolitik.Buktinya:
a. Kehidupannya secara kekal dalam kelompok besar � wujud masyarakat.
b. Kehidupan bercocok tanam spt menanam padi di China.
c. Menternak binatang spt menternak biri-biri di Iraq.
d. Penciptaan alat mempunyai berbagai fungsi.
e. Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di Gua Musang.
f. Wujud pengkhususan kerja � banyak masa untuk hasilkan artifak.
g. Memikirkan cara melebur logam.
h. Sistem tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan.
5. Masyarakat Neolitik di Timur Dekat
a. Wujud pertanian sejak 8000 SM
b. Penternakan biri-biri di Iraq
c. Di China � padi ditanam sejak 8000 tahun lalu
d. Di Asia Tenggara padi ditanam di Ban Kao di Thailand 3500SM.
e. Di Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak � 4500SM
6. Zaman Logam terbagi kepada Zaman Perunggu dan Zaman Besi.
a. Di Malaysia ada sekitar 500SM
b. Perunggu dihasil � campuran tembaga dan timah.
c. Di Eropah � Perunggu mulai digunakan sekitar 2300SM � 700SM.
d. Di Asia Tenggara � Zaman Logam 1000SM � 1500SM di Dongson, Vietnam.
7. Manusia zaman Logam lebih maju daripada Paleolitik, Mesolitik, dan Neolitik.
a. Penggunaan logam besi dan mencipta rumah dan perahu.
b. Menjelajah lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
c. Perdagangan bermula di pesisiran pantai dan kemudian lebih jauh ke daratan.
d. Pertempatan besar kepada kota pertahanan.
e. Bandar-bandar besar spt. Jericho (8000SM), Catal Hayuk di Turki ( 6500SM).
f. Mengetahui cara mengubur mayat dengan makanan, tembikar dan besi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment