Tokoh Abu Nawas

Abu Nuwas al-Hasan bin Hani al-Hakami (750-810) dikenal sebagai Abu Nawas adalah seorang pujangga Arab. Dia dilahirkan di kota Ahvaz di negeri Persia dengan darah Arab dan Persia mengalir ditubuhnya. Abu Nawas dianggap sebagai penyair terbesar sastra Arab Klasik. Abu Nawas muncul beberapa kali dalam Kisah 1001 Malam.



Abu Nawas adalah putra penghulu Kerajaan Bagdad yang terkenal adil dan alim .Agamanya Islam bersikap jujur ,dan patuh pada ayahnya. Sifatnya arif bijaksana, suka menolong orang lain, baik orang kaya maupun orang miskin. Semuanya akan ditolong sesuai dengan hukum yang berlandaskan Islam. Semua masalah yang dibebankan kepadanya diselesaikan dengan baik dan bijaksna, walaupun kadang-kadang menjengkelkan. Raja Harun Al-Rashid sering memberi perintah kepada Abu Nawas sesuatu yang mustahil. Namun, Abu Nawas dapat menyelesaikan walaupun tidak sampai dilakukannya.



Abu Nawas seorang yang berilmu pengetahuan. Hal ini sedemikian kerana Abu Nawas seorang yang mengamalkan nilai kecerdikan iaitu nilai budaya yang diamalkan dalam hubungan manusia dengan diri sendiri. Abu Nawas selalu mendapat cubaan baik daripada raja dan permaisuri maupun dari orang lain. Abu Nawas disuruh mengerjakan hal-hal yang mustahil seperti memindahkan masjid, tetapi dapat diatasi dengan baik dan sempurna. Abu Nawas dapat mengerjakan hal- hal tersebut dengan baik kerana Abu Nawas mempunyai satu jenis ilmu pengetahuan iaitu ilmu .Ilmu atau pengatahuan ialah pengetahuan yang diperolehi manusia melalui tanggapan pancainderanya secara sepintas lalu atau sekali imbas yang merupakan satu imbasan atau impression yang terbentuk di dalam fikirannnya secara sepintas lalu dan bersifat sementara dengan pengukuran kebenarannya berasaskan deria/pancaindera semata-mata.



Kajian-kajian falsafah sesuai dengan keragamankan fikiran manusia ,menimbulkan pula pelbagai aliran atau sudut pendekatan kajian iaitu epistemology melalui aliran empirsisme.Empirisme aliran yang dikaitkan dengan John Locke (1632-1704), David Hume(1711-76)dan John Stuart Mill(1806-73)yang berpendapat bahawa ilmu pengetahuan itu diasaskan atau diperolehi melalui pengalaman, iaitu dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh diinderai dan dialami .Sebagai contoh, Raja Harun Al-Rashid memanggil Abu Nawas dan menanyakan maksudnya menjual dia kepada tukang bubur. Abu Nawas menjawab bahwa kalau dia mengadukan hal tukang bubur itu, raja tidak akan percaya. Akan tetapi, kalau raja sendiri yang mengalami kejadian itu tentu dapat dipercaya dan terhindar daripada hukuman akhirat kerana ada rakyatnya yang berbuat zalim. Oleh itu, raja mendapat pengalaman melalui kejadian tersebut.



Tradisi falsafah Yunani yang menjadi tunjang falsafah Barat memancarkan pandangan hidup dalam aspek teologi. Teologi bermaksud kajian tentang Tuhan yang menguasai alam semesta ini. Dalam Hikayat Abu Nawas terdapat unsur teologi .Sebagai contoh, Hikayat Abu Nawas memaparkan nilai budaya percaya kepada Tuhan. Nilai budaya percaya kepada Tuhan terdapat pada tokoh ayah Abu Nawas. Beliau menjadi penghulu dan mengerjakan semua perkerjaannya sesuai dengan perintah agama. Semua pengalaman itu dikemukakan oleh Kadi Maulana kepada anaknya, Abu Nawas sebelum beliau meninggal dunia. Beliau selalu berbuat sesuai dengan hukum agama. Meskipun telah berusaha, mungkin saja ada saatnya lupa atau tanpa sedar, beliau telah melakukan hal yang sebenarnya tidak ingin dilakukan. Itulah sebabnya ketika beliau meninggal dunia, telinga kanannya berbau busuk. Hal itu menunjukkan bahawa beliau mendapat seksa Tuhan setelah meninggal dunia.



Hikayat Abu Nawas memaparkan falsafah Islam sebagai sumber falsafah Melayu. Islam telah meletakkan asas�asas falsafah yang jelas bagi bangsa Melayu dari aspek ketuhanan kepada aspek- aspek kehidupan seluruhnya. Sebagai contah, masyarakat yang terdapat dalam Hikayat Abu Nawas mengamalkan falsafah Islam dalam kehidupan mereka. Nilai budaya hubungan manusia dengan Tuhan ialah taat pada hukum agama. Nilai budaya terdapat pada tokoh Abu Nawas dan ayahnya. Abu Nawas tidak mau diangkat menjadi kadi .Pertama ayahnya yang taat kepada hukum agama saja mendapat seksa. Kedua, Abu Nawas harus menuruti permintaan ayahnya sebelum meninggal dunia untuk tidak menerima perkerjaan itu apabila telinga berbau busuk.



Terlepas dari kontroversi benar atau tidaknya mengenai kisah dan ada atau tidaknya tokoh Abu Nawas ini, yang pasti sosok Abu Nawas sangatlah melegenda dan mendunia menjadi tokoh pemeran utama yang memberikan banyak pelajaran kehidupan Islami dalam Kisah-Kisah 1001 Malam.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.