Sejarah Tamadun Indus


Latar Belakang



Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa juga dikenali sebagai Tamadun Indus. Tamadun ini wujud kira-kira dari tahun 2500-500 SM di sekitar Sungai Indus. Tamadun ini terdiri daripada 70 buah bandar di dataran-dataran yang direntasi oleh Sungai Indus dan Sungai Ganges di Barat Laut India. Walau bagaimanapun, hanya dua tempat sahaja mempunyai kebudayaan rumit dan jelas iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa. Kedua-dua bandar ini juga merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah manusia.



Pembentukan Bandar



Seperti dengan tamadun yang lain, bandar negara kota ini terbentuk apabila satu perkampungan ini mengalami urbanisasi. Pembentukan ini menunjukkan corak kehidupan manusia yang semakin berorganisasi dan berkebijaksanaan. Antara negara kota ini, Harappa dan Mohenjo-Daro mempunyai struktur yang teratur.Kedua-dua bandaraya terbahagi kepada petak-petak perumahan berdasarkan corak checker-board. Jalan raya utama amat luas dan terbentang dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke Timur. Rumah-rumah dibina dengan batu-bata dan terletak di kedua-dua belah jalan raya. Setiap rumah ini mempunyai bilik mandi, tandas, dapur dan telaga. Selain itu, bandaraya ini mempunyai jelapang-jelapang, dewan orang ramai, kedai-kedai, system saluran najis di bawah tanah dan citadel yang dibina untuk didiami oleh golongan pemerintah. Seterusnya, kubu-kubu telah dibina untuk melindungi bandar-bandar ini daripada serangan musuh.



Pembentukan Kerajaan



Secara amnya, setiap negara kota ini merupakan satu kerajaan. Ia diperintah oleh pendeta atau paderi dengan kuasa mutlak. sistem pemerintahannya adalah teratur dan bersistematik. Tamadun ini telah mengalami kemerosotan dan terus lenyap kira-kira 1500 SM.



Organisasi Sosial



Organisasi sosial bagi tamadun ini tidak berapa jelas. Tapi, apa yang dapat dilihat ialah para pendeta menjadi ketua kerajaan dan selepasnya terdapat satu golongan petani yang bilangannya agak ramai. Selain itu, terdapat juga golongan peniaga yang dipercayai menjalankan kegiatan perdagangan dengan bandar Ur di Mesopotamia.



Perkembangan Teknologi



Perkembangan teknologi tamadun ini tidak berapa jelas juga. Tetapi apa yang diketahui ialah roda telah dicipta dan digunakan sebagai alat pengangkutan.



Pengkhususan Kerja



Para pendeta bertanggungjawab mengawal pembinaan bangunan baru, menetapkan piawai timbangan dan ukuran dan mengawal ketat sistem tulisan, bentuk bangunan, pelan jalan dan saiz batu-bata yang digunakan dalam pembinaan. Golongan petani pula bertanggungjawab menanam tanaman seperti gandum, barli, padi dan kapas dan menternak binatang seperti lembu, biri-biri, kambing, babi dan ayam. Selain itu, terdapat orang yang mengamalkan pekerjaan berniaga, pengukir batu, pembuat barang kemas, tukang besi dan pembuat tembikar.



Wujudnya Kepercayaan



Menurut sumber arkeologi, masyarakat Indus mengamalkan kepercayaan animisme. Oleh itu, penduduknya menyembah binatang, pokok dan batu. Berdasarkan kepercayaan ini juga, lembu jantan dianggap sebagai binatang suci. Masyarakat Indus juga menyembah Dewa Siva dan Dewi Shakti yang bermuka tiga. Namun demikian, kuil-kuil tidak dibina untuk tuhan-tuhan ini. Masyarakat rakyat Indus mengamalkan upacara pengebumian dan pembakaran mayat. Habuk mayat biasanya dibuang ke dalam sungai. Kira-kira pada tahun 1500 SM, orang Aryan menyebarkan agama polytheistic, hasilnya mereka mula menyembah tuhan matahari, langit, petir dan api. Walaupun begitu, orang Aryan ini sebenarnya menyembah kepada satu tuhan sahaja (monotheistic) dan percaya kepada konsep hidup semula dalam jasad lain.



Wujudnya Bahasa dan Tulisan



Sistem tulisan yang wujud di Tamadun Indus adalah berbentuk gambar. Terdapat hampir 400 simbol keseluruhannya. Arah tulisannya bermula dari kiri dan menuju ke arah kanan.



Tamadun Indus



1. Di lembah Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan sekelilingnya.

2. Dikenali juga sebagai Tamadun Harappa.

3. Mula muncul pada sekityar tahun 2500SM dan merosot 1800SM.

4. Kehancuran disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam spt banjir, kemarau, dan gempa bumi.

5. Dua negara kota Tamadun Indus.

a. Mohenjo-Daro

b. Harappa

6. Proses pmbentukan tamadun Indus spt berikut:

a. Penduduk nomad di barat laut India membentuk pentempatan kekal di sepanjang sungai Indus.

b. Kekal kerana adanya sungai Indus – menyediakan sumber air dan tanah yang subur.

c. Telah meningkatkan hasil pertanian dan menambahkan jumlah penduduk kerana kepandainya menyesuaikan diri dengan alam sekitar.

d. Sebabkan wujudnya bandar dan yg utama Mohenjo-Daro dan Harappa –bandar pelabuhan penting.

7. Ciri-ciri keistimewaan Mohenjo-Daro dan Harappa sebagai petempatan kekal

a. Pembentukan yang terancang dan terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok.

i. Bahagian utama – pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan utk upacara ritual dan pembersihan.

ii. Bahagian kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok

berbentuk segi empat.

b. Setiap blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya dan lurus. Bersambung

antara satu sama lain.

i. Blok berasaskan segi empat dan dipisahkan oleh jalanraya yg lurus

dan bersambung.

c. Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan

pembinaan yang diterapkan daripada Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

d. Menggunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.

e. Ada sistem kumbahan dan saliran yang terancang.

i. Rumah ada bilik mandi dan tandas.

ii. Air kumbahan disalirkan keluar melalui paip ke longkang.

iii. Longkang tidak ditutp terus untuk pembersihan.

iv. Bahan buang dihantar ke luar bandar.

f. Bandar boleh dihubungi melalui sungai. Berfungsi sebagai alat perhubungan.

8. Ciri-ciri sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus.

a. Terbahagi dua golongan:

i. Bawahan : Terdiri daripada petani, buruh, dan hamba. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan spt menjaga kebersihan bandar , membina tembok di benteng dan membina terusan.

ii. Atasan. Terdiri daripada pendeta dan pedagang. Pendeta mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan aspek keagamaan. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat dapatkan taat setia golongan bawahan.

9. Aspek pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus dapat dicirikan dengan:

a. Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi spt perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.

b. Aspek perdagangan membabitkan perdagangan luar dengan Mesopotamia. Dibuktikan dengan penemuan cap mohor di Mespotamia

i. Cap mohor diperbuat dari batu lembut ,diukir, dan dipanaskan.

ii. Berbentuk segi empat bujur.

iii. Lambang pengenalan diri atau kumpulan pedagang.

c. Hasil perdagangan spt emas, gading, manik, dan hasil pertanian.

d. Petani mengeluarkan hasil spt barli, kacang dan sebagainya.

e. Golongan artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.

10. Amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat Indus.

a. Mempunyai satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan iaitu patung Proto-Siva.

b. Patung tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepelanya yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva.

c. Proto Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.

d. Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.

i. Dibuktikan dengan penemuan patung wanita.

ii. Disembah sebagai lambang kesuburan.

iii. Berlaku juga dalam masyarakat Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.

11. Sistem tulisan yang dihasilkan ialah sistem tulisan piktograf.



Sumbangan Tamadun Indus



1. Perancangan bandar – sebab utama kerana:

a. Terdapat gabungan kepakaran dari sudut perletakan bandar dan pengisiannya.

b. Pemahaman dalam ilmu geometri.

c. Pemahaman dalam ilmu kesenian.

d. Pemahaman dalam ilmu matematik.

e. Mahir dalam bidang pembinaan.

f. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan bandar berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.

g. Meningkatkan mutu pembinaan dengan membuat batu bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.

2. Sifat keterbukaan. Penting kepada kemajuan manusia kerana :

a. Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.

b. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaatnya dalam bentuk pertukaran teknologi.

c. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia membolehkan segala pengaruh dari luar disesuaikan dengan keadaan tempatan.

i. Dilihat melalui nama bandar Makan dan Meluhha.

ii. Makan – Makran

iii. Meluhha – Mohenjodaro.

d. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan sifat keterbukaan dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.

e. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah tunjang kepada sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

3. Kematangan ketamadunan manusia – sebab :

a. Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar.

b. Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.

c. Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.

d. Melahirkan masyarakat yang kreatif.

e. Menghasilkan teknologi yang hebat.


Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.