Peletak Dasar Ilmu Sosial

Ibnu Khaldun lahir dalam keluarga politik di Tunisia pada tahun 1332. Nama lengkapnya Waliud-Din Abu Zaid Abdur-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khalid Ibn al-Khattab. Ayahnya seorang pemerintah tentera, ulama dan ahli bahasa. Mula belajar al-Qur�an dari ayahnya dan belajar tafsir, Hadith, fiqh, bahasa dan sastera. Setelah umur 16 tahun, mula belajar ilmu logik dan falsafah. Ia menjalin hubungan rapat dengan keluarga pemerintah Morocco pada 1347M.



Ibnu Khaldun dipilih sebagai duta ke Castille untuk mengadakan perjanjian damai dengan Frederick 4. Ia mengasingkan diri ke tanah perkuburan di Timur Telemsan selama 4 tahun dan menulis buku yang sangat terkenal yaitu Muqaddimah. Pada tahun 1378 pulang ke Tunisia dan tahun 1382 menerima jabatan hakim di Mesir dan menumpukan perhatian dalam pengajaran.



Ibnu Khaldun meninggal dunia pada tahun 1406 di Kaherah. Ia pernah menulis buku dalam banyak bidang. Buku Muqaddimah Ibn Khaldun membincangkan tamadun manusia, geografi, pembangunan yang luas dan keadaan semasa masyarakat. Pengalaman yang diperoleh sewaktu merantau menjadikan dirinya seorang yang berwibawa dan penuh pengalaman. Ia merupakan peletak dasar dan penyumbang besar dalam ilmu kemasyarakatan. Begitu juga dalam dunia pendidikan, pendapatnya yang terkenal ialah perlakuan kasar terhadap pelajar memberi kesan negatif dalam usaha menyampaikan ilmu pengetahuan.

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.