Perubahan politik dalam dunia Islam tidak menyekat perkembangan ilmu pengetahuan. Meskipun penulisan kreatif banyak terhambat karena kekacauan politik, penyelidikan dan penulisan ilmiah masih berjalan baik. Nasiruddin al-Tusi, keturunan Parsi mencapai kecemerlangan pada waktu itu. Nama lengkapnya Abu Ja�far Muhammad Ibn Muhammad al-Hassan. Beliau lahir di Tus, Iran pada 1201M.
Beliau mewariskan kitab hasil penulisan dalam bidang geometri, fisika, Algebra dan ilmu falak. Beliau juga karya keagamaan berkaitan akidah dan hukum. Kepakaran utamanya adalah bidang astronomi, menghasilkan banyak teori. Hulagu membina pusat kaji bintang yang besar bagi mengiktiraf kemahiran beliau. Beliau dapat memperoleh kejayaan walaupun lahir ketika politik mengalami pergolakan.
Trigonometri adalah satu cabang matematik tentang fungsi rajah segi tiga, nisbah antara garis dan sudut-sudut yang terbentuk. Masyarakat silam menggunakan ilmu ini untuk tujuan pelayaran. Orang2 Mesir dan Babylontahu banyak tentang kaedah trigo ini, namun teorinya telah lahir di Yunani bahkan orang India juga banyak tahu tentang ilmu ini. Orang-orang Islam beljar ilmu ini dari kedua sumber Yunani dan India menjadikan ilmu tersebut ilmu khusus dan digelar ciptaan Islam. Orang Yunani pulahanya menggunakan ilmu ini sebagai sampingan sahaja.
Diantara tokoh yang mahir dalam ilmu trigo ini ialah Nasirudin al-Tusi dan juga Abu Abdullah Muhammad Ibn Janir al-Battani. Beliau pun turut serta dalam gerakan memeperluaskan jajahan takluk oleh Hulagu. Nasirudin al-Tusi menetap di Baghdad sehingga meninggal dunia pada 1274M dan dikebumikan di Masyhad al-Kazimiyah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment