Sejarah Tamadun Mesopotamia

Latar Belakang



Tamadun Sumeria merupakan salah satu tamadun terawal di dunia. Tamadun ini juga dikenali sebagai Tamadun Mesopotamia. Tamadun ini terletak di Teluk Parsi. Ia dipercayai bermula kira-kira tahun 6,000 SM. Perkataan Mesopotamia bererti tanah di antara dua sungai, di mana tamadun ini berkembang di antara Lembah Sungai Tigris dan Lembah Sungai Eupharates. Pada tahun kira-kira 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran Shinar. Mereka melakukan kegiatan pertanian. Pada tahun 3,000 SM pula, perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates berkembang menjadi beberapa buah negara kota yang makmur.



Pembentukan Bandar



Kira-kira pada tahun 4,500 SM, orang-orang Sumer menetap di Dataran Shinar. Tanah di dataran ini amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Dengan adanya kegiatan pertanian, satu perkampungan Sumer di Lembah Sungai Tigris dan Eupharates mula wujud. Beberapa buah negara kota yang makmur dibina, antaranya Ur, Urech dan Kish. Setiap negara kota mempunyai sebuah bandaraya dan tanah yang luas di sekelilingnya. Setiap negara kota diperintah oleh seseorang pemerintahnya sendiri atau seorang paderi yang dikenali sebagai patesi. Katanya terletak di tebing terusan dan sungai berhadapan dengan hutan yang mempunyai banyak hasil hutan. Setiap negara kota ini juga mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri. Pemerintahnya juga membina dan memelihara terusan dan benteng untuk menjaga ladang-ladang di sekelilingnya. Pemerintah ini juga membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh luar dan untuk memberi perlindungan kepada penduduknya.



Pembentukan Kerajaan



Peperangan sering berlaku di antara negara kota menyebabkan sentiasa berlakunya penukaran pemerintah, kemusnahan negara kota dan keruntuhan Tamadun Sumeria. Kira-kira pada tahun 2,750 SM, Raja Sargon dan Akadia menguasai tamadun ini. Baginda meluaskan wilayahnya sehingga Elam di Timur dan Laut Mediterranean. Kira-kira tahun 2,200 SM, sekumpulan orang Amorotes menyerang Mesopotamia dan menawan Babylon. Babylon ini kemudian berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat dan termasyhur di bawah pemerintahan Hammurabi. Selepas kemangkatan Hammurabi, kerajaan ini diserang oleh Kerajaan Assyria. Nebuchadnezzar dari puak Chaldea menjadi raja Babylon (625 SM) dan Babylon dibina semula menjadi sebuah negara kota yang kuat dan pusat empayar yang baru. Selepas itu, orang Parsi (Raja Cyprus) menyerang dan menawan negara-negara kota Mesopotamia.



Organisasi Sosial



Golongan pendeta dan raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai Amelu. Golongan saudagar dan peniaga atau dikenali sebagai Mushkinu pula mewakili kelas pertengahan. Seterusnya, golongan petani dan artisan pula menduduki lapisan yang ketiga di mana amalan pengkhususan kerja paling jelas dilihat. Golongan yang dibawah sekali ialah golongan hamba. Golongan ini terdiri daripada tawanan perang serta orang tempatan yang dijual sebagai hamba. Mereka boleh menjadi bebas jika mereka patuh dan setia kepada tuannya tetapi mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam pentadbiran. Kadang-kala, hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka juga lebih berat iaitu dua kali ganda daripada hukuman biasa atas bangsawan.



Perkembangan Teknologi



Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Sistem pengairan yang maju dibina untuk mengelakkan banjir dan kemarau. Pokok-pokok pula ditanam sebagai penghalang angin. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan, kincir dalam sistem pengairan dan membuat tembikar dengan peroda. Dalam bidang pertanian, penciptaan bajak dan alat menabur mempercepatkan kerja pertanian. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Seperti orang Mesir, mereka tahu mengira keluasan sesuatu kawasan dan isi.



Pengkhususan Kerja



Kewujudan organisasi sosial mendorong kepada kewujudan pengkhususan kerja. Raja berperanan sebagai ketua kerajaan. Baginda berkuasa mutlak dalam pengurusan segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga merupakan ketua tentera dan sebagainya. Golongan pendeta pula bertugas menguruskan hal-ehwal agama. Beliau secara tidak langsung terlibat dalam penciptaan kalendar. Golongan petani bertugas melakukan aktiviti bercucuk tanam, penternakan binatang dan sebagainya. Golongan artisan pula bertugas membuat roda, tembikar, mengukir dan sebagainya. Yang terakhir iaitu hamba abdi bertugas untuk melakukan kerja-kerja berat tanpa menerima gaji.



Kepercayaan



Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Mereka menyembah Tuhan yang turun ke bumi dari langit untuk melindungi negara kota mereka. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk pyramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhut ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). Orang Sumeria menganggap dewa-dewi menentukan kejadian bencana alam dan melapetaka. Apabila berlaku bencana ini, berertilah dewa-dewi telah menjatuhkan hukuman ke atas rakyat. Walau bagaimanapun, orang Sumeria tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas mati.



Bahasa dan Tulisan



Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar untuk merekodkan urusan perdagangan dan pentadbiran. Kemudian, tulisan ini dipermudahkan ke dalam bentuk simbol. Simbol-simbol ini ditulis si atas tanah liat. Orang Sumeria kemudian membentuk sistem penulisan berbentuk pepaku. Bentuk tulisan pepaku ini dipanggil cuneiform atau tulisan berbaji. Dengan menggunakan tulisan cuneiform, orang Sumeria telah membuat rekod-rekod di atas tanah liat yang menjadi sumber sejarah Tamadun Sumeria.



Tamadun Mesopotamia



1. Terletak antara Sungai Euphrate dan sungai Tigris

2. Terbahagi kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu:

a. Kerajaan Sumeria – 3500 – 2340 SM Merujuk wilayah selatan Iraq – Sumir ..

b. Kerajaan Akkad – 2371 – 2006 SM

c. Kerajaan Ur – 2113 – 2006 SM

d. Kerajaan Babylon Awal dan Lama – 2000 – 1530 SM

e. Kerajaan Kassites – 1530 – 1100 SM

f. Kerajaan Assyria – 1100 – 626 SM

g. Kerajaan Chaldea - 626 – 539 SM

3. Parsi menguasai wilayah mesopotamia menyebabkan keruntuhan kerajaan tersebut.

4. Proses pembentukan tamadun Mesopotamia melalui proses berikut:

a. Terbahagi kepada dua bahagian – utara dan selatan Baghdad.

b. Utara Baghdad meliputi kawasan Sg Tigris ke utara termasuk Sg. Zab yang dikenali Assyria.

c. Selatan Baghdad meliputi kawasan Sg. Tigris dan Euphrate dikenali Babylon.

d. Bermula di wilayah selatan iaitu Sumer – org Sumeria bina petempatan –menjalankan aktiviti pertanian dan bina sistem pengairan.

e. Perkampungan awalberkembang jadi kota dan membentuk negara kotaspt Kish, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur, dan Mari.

f. Negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan tersusun sistematik.

· Keluasannya sekitar 1000 batu persegi. Cth Kota Lagash – keluasannya 1800 batu persegi, penduduknya 30000 – 35000 orang.

· Setiap negara kota merupakan kerajaan berdaulat ada unit politik sendiri.

· Hanya bersatu untuk menentang musuh.

5. Ciri-ciri tamadun Mesopotamia.

a. Setiap negara kota ada ciri tersendiri dan terbahagi kepada beberapa kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.

b. Ada kubu pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang lambang kekayaan kota.

c. Di pusat kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, kedai, dan pasar.

d. Jalanraya lebar dan lurus.

e. Rumah ibadat menjadi tumpuan masyarakat dan pusat kota.

f. Ada unit politik tersendiri dan agamanya.

g. Sungai dan kawasan tanah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.

h. Jalan laut menghubungkan negara kota dengan wilayah sekitarnya.

i. Antara jalan utama ialah yang hubung Sumeria dan Kota Mari diguna pedagang luar dari Mesopotamia.

6. Organisasi sosial masyarakat Mesopotamia terbahagi dua golongan iaitu

a. golongan pemerintah : Terdiri daripada Raja, Ketua pendeta, ketua Tentera dan orang bangsawan.

b. rakyat. : Terdiri daripada rakyat bebas,- petani, artisan, dan pedagang. Hamba – daripada tawanan perang.

7. Raja dalam sistem pemerintahan Mesopotamia berperanan sebagai:

a. Ketua kerajaan/pemerintah dan dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota, dikenali teokrasi.

b. Ketua tentera

c. Ketua pendeta/agama

d. Berkuasa melantik pembesar terutama ahli keluarga dalam memegang jawatan di Zigurat.

e. Berkuasa dalam bidang ekonomi – pengutipan cukai tanah, hasil pertanian dan perniagaan.

f. Ketua pemerintahan dan dibantu golongan bangsawan yang ada ikatan kekeluargaan.

g. Masyarakatnya tidak menyembah raja saebagai tuhan kecuali dalam zaman Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.

8. Dalam bidang pengkhususan kerja dapat dilihat melalui aspek:

a. Wujud bila ada lebihan hasil pertanian. Kesannya – ada petani yang tukar kerja sebagai petani, artisan, dan peniaga

b. Wujud perdagangan antarabangsa untuk dapatkan banyak bahan mentah spt logam,kayu - kayan, emas,dan perak. Ditukarkan dengan hasil pertanian. Dagang dengan lembah Indus.

c. Wujud pengusaha tembikar, tekstil, dan alat keperluan.

d. Tukang rumah- keperluan masyarakat untuk rumah.

e. Rakyat yang berkhidmat sebagai tentera.

9. Aspek keagamaan dan kepercayaan masyarakat Mesopotamia :

a. Mengamalkan kepercayaan banyak tuhan – politiesme.

b. Raja sebagai wakil tuhan. Era Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.Paksa rakyat sembahnya.

c. Pendeta ketuai upacara agama di Zigurat.

d. Tidak percaya kehidupan selepas mati, hanya jatuh ke dalam gua penuh debu.

e. Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan – teokrasi.

10. Sistem tulisan

a. berasaskan gambar dan berkembang menjadi simbol dan ditulis pada tanah liat. Gunakan pen rumput buluh - bentuk pepaku dikenali cuneifom.

b. Wujud jurutulis

c. Tradisi kesusasteraan – Epik Gilgamesh

· Kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia. Tentang kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia. Ada kekuatan dan keberanian. perlindungan kepada Kota Uruk.

· Ceritakan juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.





Sumbangan Tamadun Mesopotamia



1. Dalam Perundangan - Sumbangan Raja Hammurabi 1792 – 1750SM.

a. Hammurabi – Keturunan Amorite , Banyak dirikan negara kota, Pusat pemerintahan di Babylon. Menakluk Akkad – jadi Raja Mesopotamia.

b. Aspek undang-undang ini dapat dicirikan dengan:

· Mengenalkan Kod Undang-Undang Hammurabi

· Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.

· Hukuman adalah setimpal dengan kesalahan, tetapi berbeza ikut susun lapis masyarakat.

· Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok.

· Dasar perundangan tamadun Mesopotamia.

· Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat.

· Wujudkan perpaduan dan mengukuhkan organisasi.

c. Wujudkan empayar Kerajaan Akkad – empayar pertama di dunia.

· Raja Sargon satukan wilayah kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia.

· Perintis pembentukan empayar – jadi ikutan Firaun Tutmose III.

d. Telah membantu peradaban Mesopotamia dan pembentukan masyarakat dari 3000SM hingga 539SM.

2. Sumbangan dalam aspek tulisan memberikan kelebihan dalam aspek berikut:

a. Melahirkan sistem pendidikan dan mewujudkan jurutulis.

· Wujudkan perpustakaan – perpustakaan di Raja, 22000 tablet – kandung pelbagai penemuan, Antaranya ilmu perubatan. Surat dan dokumen perniagaan, susunan peristiwa peperangan ikut urutan sejarah.

b. Pentadbiran dan perniagaan dapat direkodkan.

c. Urusan jula beli direkod dalam resit, nota, dan surat kredit.

d. Melahirkan golongan sastera dan kesusasteraan spt epik Gilgamesh – tertua di dunia menjelaskan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

· kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia. Tentang kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia. Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian. Telah memerintah dan memberikan perlindungan kepada Kota Uruk.

· Ceritakan juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.

3. Sains dan teknologi:

e. Perkembangan ilmu astronomi.

f. Perkembangan pencerapan bulan,bulan dan matahari telah perkembangkan ilmu matematik – sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, darab, bahagi,punca ganda dua dan ilmu geometri.

g. Astronomi – guna jalan laut perdagangan dan penerokaan.

h. Penciptaan kalendar 12 bulan.

i. Perkembangkan ilmu perubatan – kerajaan Assyria.

j. Penciptaan roda dan kereta kuda – peperangan atau kegunaan harian.

k. Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.

l. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.

m. Perkenalkan batu bata daripada tanah liat.

n. Dalam seni bina berjaya:

· Mencipta arca dan tiang batu – Cth Zigurat dan patung Raja Gudea

· Pembinaan Taman Gantung Babylon – dibina Raja Chaldea zaman Raja Nebuchadnezzar.

· Terdapat pelbagai jenis pokok dan pokok bunga – ditanam pada

· binaan bertingkat di bukit berteres.








Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.