Latar Belakang
Mengikut Herodotus, negeri Mesir ialah anugerah dari Sungai Nil. Sungai ini mengalir di kawasan tandus yang berbatu-bata membawa bersama-samanya lumpurlumpur yang mendak di tebingnya. Kejadian banjir telah menyuburkan kedua-dua tebing sungai. Selain itu, Sungai Nil telah membekalkan air untuk tanaman yang ditanam dan bekalan makanan laut serta menjadi alat pengangkutan bagi penduduk. Adalah dipercayai orang Mesir datang ke kawasan Sungai Nil dari Timur melalui Aden pada kira-kira 5000 SM. Apabila mereka mendapati delta Sungai Nil ini sangat subur, mereka mula membentuk perkampungan di sini. Adalah dipercayai juga, kewujudan kerajaan di Lembah Nil ini bermula sebelum tahun 3100 SM.
Pembentukan Bandar
Dipercayai orang Mesir datang ke kawasan Sungai Nil pada kira-kira 5000 SM. Orang ini bergerak merata-rata di kawasan ini pada permulaan. Apabila mereka sedar betapa suburnya delta di sebelah Utara Sungai Nil, mereka pun menetap di sini. Di sini, mereka menjalankan aktiviti pertanian. Suatu perkampungan kecil dibentuk. Perkampungan ini kemudian mengalami urbanisasi dan membentuk negara kota yang mempunyai ramai penduduk, merupakan pusat perdagangan dan sebagainya. Memphis dan Thebes merupakan contoh negara kota yang terkenal di Tamadun Mesir ini.
Pembentukan Kerajaan
Di sepanjang zaman lampau ini, perkelahian sering berlaku di antara penduduk yang tinggal di sepanjang Lembah Sungai Nil. Setelah mereka menjadi lebih mahir membuat senjata, mereka ini dapat mengatasi jiran-jiran mereka. Apabila satu-satu puak berjaya mengatasi puak lain, puak-puak yang dikalahkan itu akan dipaksa mengiktiraf totem (simbol) puak pemenang itu sebagai tuhan yang maha berkuasa. Lebih kurang dalam 4300 SM, dua puak telah menghapus puak-puak yang lain dan masing-masing membentuk kerajaan di sebelah Utara dan Selatan Lembah Nil. Lama kelamaan, Kerajaan Hulu dan Hilir bercantum menjadi satu dan diperintah oleh seorang raja.
Organisasi Sosial
Kedudukan sosial seseorang individu dalam organisasi sosial Tamadun Mesir tidak berubah beribu-ribu tahun lamanya. Firaun atau Pharoah dianggap sebagai anak tuhan matahari Amon-Re. Baginda mempunyai kedudukan yang tertinggi. Selepas Firaun, golongan pemerintah yang terdiri daripada pendeta dan bangsawan menduduki tempat kedua. Mereka berkuasa sebagai pentadbir di negara kota. Seterusnya, peniaga, artisan dan tabib menduduki tempat yang ketiga. Mereka merupakan kelas pertengahan yang mempunyai bilangan yang amat terhad. Selepas kelas pertengahan ialah golongan petani yang hidup secara sederhana. Hamba berada di tempat yang paling bawah yang terdiri daripada orang tawanan perang. Mereka hidup dengan amat menderita. Golongan wanita juga mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Mesir sekiranya dia melahirkan banyak orang anak.
Perkembangan Teknologi
Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai. Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan mereka dapat dilihat melalui pembinaan piramid. Alat-alat mudah seperti pahat, tembaga, baji dan tukul batu digunakan. Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan.
Pengkhususan Kerja
Kewujudan organisasi sosial telah mewujudkan pengkhususan kerja bagi setiap lapisan masyarakat. Firaun bertugas memerintah negara Mesir dan berkuasa mutlak serta mempunyai kuasa penuh ke atas tanah air di Mesir. Baginda memerintah dengan dasar kuku besi. Dasar kuku besi bermaksud rakyat dipaksa patuh kepada Firaun dan rakyat dipaksa membayar cukai. Golongan pendeta bertanggungjawab menjalankan upacara untuk mententeramkan tuhan mereka. Golongan bangsawan pula menjadi gabenor daerah, pegawai istana atau pemungut cukai. Kelas pertengahan pula menjadi peniaga, tabib ataupun artisan. Golongan petani bertugas untuk menanam tanaman seperti gandum dan barli. Mereka dikehendaki menyerahkan 2/3 daripada hasil tanaman kepada kerajaan sebagai cukai. Hamba pula bekerja sebagai petani atau bekerja di kuil atau di projek pengairan.
Kepercayaan
Agama dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Mesir. Masyarakat di Mesir percaya bahawa alam semesta dikuasai oleh tuhan atau dewa dewi yang menentukan hidup atau mati segala-gala benda dalam alam semesta. Mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing untuk mendapatkan kebahagiaan kepada mereka. Tuhan yang disembah oleh orang Mesir termasuk Amon- Re (matahari), Osiris (Sungai Nil), Isis (Bulan), Nut (langit), dan Shu (udara). Orang Mesir juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Mereka percaya orang yang mati akan hidup dengan penuh kebahagiaan di akhirat, maka roh mesti dibekalkan dengan segala keperluan dan barang kemas. Mereka memumiakan mayat dan mayat itu disemadikan bersama-sama dengan segala keperluan dan barang kemas. Dalam proses memumiakan mayat, mayat disumbat dengan garam dan kemudiannya dibalut dengan kain. Golongan pemerintah pula membina piramid untuk menyimpan mumia dan dijadikan sebagai tempat roh bersemadi. Piramid juga digunakan untuk menyimpan harta Firaun yang mati. Piramid yang terkenal ialah Piramid Agung yang dibina di Giza untuk Firaun Khufu.
Bahasa dan Tulisan
Pada tamadun awal Mesir, tulisan digunakan untuk menyimpan rekod tentang upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil. Bentuk tulisan yang dicipta oleh para pendeta ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan hieroglif berbentuk gambar dan diukir pada batu atau kayu. Setelah membuat kertas daripada pokok papyrus, orang Mesir menulis dengan menggunakan dakwat dan berus.
Tamadun Mesir Purba
1. Berkembang dari petempatan awal zaman Neolitik 10000- 5000SM. Sekitar 3500SM di kaw delta dan tengah Mesir berkembang jadi tamadun awal .
2. Terbahagi 4 zaman
2.1. Awal - 3100 – 2200SM
2.2. Pertengahan - 2040 – 1785Sm
2.3. Empayar - 1570 – 1085SM
2.4. Keruntuhan - 1085 – 322SM - Dikuasai :
2.4.1. Libya 1110 – 947SM ,
2.4.2. Kush 730 – 670SM
2.4.3. Assyria 663 – 609SM
2.4.4. Parsi 525SM
2.4.5. Yunani 332 – 30SM
2.4.6. Rom 30SM
3. Terletak di tebing Sungai Nil – ada dataran yang subur.
4. Pusat pentadbiran – Memphis, Thinis, dan Thebs.
5. Kuasa luar yang pernah jajah – Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.
6. Proses pembentukan tamadun Mesir Purba
6.1. Bermula dalam zaman logam sejak 5000SM dgn membina sistem perparitan
dan pengairan untuk pertanian.
6.2. Kemudian bina peralatan kawalan air dan terusan – tingkatkan kesuburan
pertanian.
6.3. Mendirikan petempatan dan berkembang menjadi kampung.
6.4. Perkampungan berkembang jadi bandar dan bergabung bentuk daerah @
nome.
6.5. Nome atau daerah disatukan jadi pusat pentadbiran spt Thebes, Thinis dan
Memphis.Salah satunya jadi pusat pentadbiran.
7. Ciri-ciri petempatan kekal :
7.1. Asas petempatan disatukan oleh Firaun Menes 3200SM. Semua nome
disatukan jadi sebuah kerajaan.
7.2. Pusat pentadbiran berpindah ke Memphis dari Thinis – hampir dengan
sungai Nil.
7.3. Kemudian berpindanh ke Thebes pd zaman kemuncaknya.
7.4. Menjadi tempat kediaman Firaun.
7.5. Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Pelabuhan
dijadikan pusat keagamaan dan tumpuan penduduk.
8. Bentuk dan struktur organisasi :
8.1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlaq serta dianggap suci
8.2. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.
8.3. Firaun dianggap sebagai tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga
dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari,iaituAmon-Re.
8.4. Firaun juga merupakan ketua pendeta,ketua hakim,pemilik tanah,dan
ketua pahlawan.
8.5. Golongan pahlawan menjalankan pentadiran,menjaga keamanan,mengurus
dan mengagihkan makanan dan menjadi pegawai,penasihat dan gabenor
wilayah yang ditakluki.
8.6. Para rahib dipertanggunjawabkan oleh firaun untuk mantadbir hal
keagamaan.
8.7. Jurutulis ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.
8.8. Rakyat bebas terdiri dari petani, pedagang dan artisan.
8.9. Hamba adalah susun lapis masyarakat yang paling bawah.
9. Sistem Pemerintahan dan peranannya:
9.1. Raja – Ketua dan pemerintahan Mesir Purba.Bergelar Firaun .Perkataan
Firaun dari Yunani Pharaoh – bermaksud rumah yg agong. Merujuk istana
dan raja yang memerintah. Berperanan:
9.1.1. Raja berkuasa mutlak
9.1.2. Dianggap sebagai suci dan dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.
9.1.3.Mewarisi pemerintahan secara turun temurun.
9.1.4.Dalam dinasti ke tiga dan empat Firaun digelar Amon Re – Raja
Matahari.
9.1.5.Ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan pahlawan.
9.1.6.Dibantu golongan bangsawan dalam jalakan pemerintahan, menjaga
keamanan, mengurus dan mengagih makanan.
9.1.7.Melantik para rahib mentadbir hal keagamaan.
9.1.8.Melantik orang awam sebagai jurutulis rekod kerajaan.
9.1.9.Firaun Hatshepsut seorang wanita – membina terusan dan menukar
padang pasir jadi tanah pertanian yang subur
9.2. Pembesar, Bangsawan, Rahib, Jurutulis, Tuan Tanah
9.2.1. Membantu raja sebagai pegawai, penasihat dan gabenor wilayah.
9.2.2. Rahib mentadbir hal keagamaan.
9.2.3. Jurutulis merekod rekod kerajaan.
9.3. Rakyat Bebas – Petani, Pedagang, Artisan
9.4. Hamba
10. Pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir.
10.1. Terlibat dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan
tembikar dan peralatan.
10.2.Hasil tekstil dan kertas untuk ekspot.
10.3.Perlombongan emas di Nubia.
10.4.Sungai Nil – membolehkan kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan spt
Thebes, Memphis, Fayoun, dan Heliopolis untuk aktiviti perdagangan.
10.5.Pentadbiran terancang – menarik pedagang Laut Mediterranean dan Laut
Merah untuk singgah di Pelabuhan Mesir Purba.
11. Kepercayaan masyarakat Mesir.
11.1. Berkonsepkan politeisme.
11.2. Setiap tahun orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti
Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin).
11.3. Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan
serta dijaga dengan teliti.
11.4. Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian serta
kehidupan selepas mati
12. Ciri-ciri sistem tulisan Mesir Purba:
12.1. Sistem tulisan hieroglif – tulisan bergambar. Berkembang kepada hieratik –
tulisan berangkai kemudian demotik 700SM .
12.2. Sistem tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan
bunyi.
12.3. Sistem tulisan bertujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan
pengutipan cukai.
12.4. Juga berperanan dalam keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
Sumbangan Tamadun Mesir Purba
1. Sumbangan dalam sains dan teknologi.
a. Sumbangan seni bina piramid-dibina Imhotep.
i. Jasa Imhotep – Bina piramid Sakkara.
ii. Dibina untuk Firaun Djoser – Firaun kedua dinasti ketiga.
b. Memperkenalkan teknik pembinaan menggunakan batu bata.
c. Mencipta kertas daripada pokok papyrus.
d. Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan khazanah bangsa.
e. Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk
rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.
f. Kemajuan dalam ilmu perubatan melahirkan pengamal perubatan
mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk
firaun dan masyarakat.
i. Dokumen perubatan Mesir Purba jumpa dalam makan Firaun Khufu.
1600SM.
ii. Catatan perubatan yang tertua.
g. Kemajuan dalam bidang perubatan dalam memumiakan mayat.
h. Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan
pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu
hingga ke hari ini.
i. Penggunaan ilmu matematik digunakan untuk mengawal banjir.
j. Berjaya mencipta sistem pengairan – menyuburkan kawasan pertanian.
k. Zaman Firaun Senuustret III – berjaya menebusguna tanah – 123KM dan
bina terusan mengairi 10000hektar.
l. Memperkenalkan kalendar 365 hari , 12 bulan setahun.
m. Tinggalan bangunan, tulisan, dokumen, dan buku – pembuktian wujud
tamadun Mesir Purba.
n. Pengawalan air nadi tamadun Mesir.
2. Sumbangan dan penekanan dalam pendidikan.
a. Diwujudkan untuk kanak-kanak sejak umur rendah – golongan atasan.
b. Diadakan di rumah ibadat dan dikawal kerajaan.
c. Tujuan – lahirkan golongan pegawai kerajaan spt jurutulis.
d. Wujudkan juga ahli sains, geometri, matematik – uruskan hal ehwal
pertanian,pengawalan air, pembinaan bangunan, dan piramid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment