Kedatangan Islam di Spanyol mencorakkan masyarakat di situ bukan sahaja di kalangan penganut Islam malah penganut2 Kristian. Tidak banyak warisan karya yang kita perolehi, banyak sebab yang boleh dikaitkan. Umat Islam Andalus berminat dengan ilmu di Timur dan mempelajarinya maka sebab itulah mereka tidak mencipta sesuatu yang tersendiri. Pengajian
dalam matematik, sains dan falak menampakkan hasil di sana pada abad ke-4 , beberapa nama disebut oleh sejarah. Antaranya ialah tokoh matematik dan astronomi, Abu al-Qasim Musalmah Ibn Muhammad atau al-Majriti. Menjalankan penyelidikan angkasa lepas dan meringkaskan buku al-Battani tentang cakerawala.
AL-BUZJANI (998M) PAKAR GEOMETRI
Muhammad Ibn Muhammad Ibn Yahya Ibn Ismail Ibn al-Abbas al-Buzanji. Lahir di Buzjan pada 940M. Belajar matematik dan geometri daripada bapak saudaranya Abu �Amru al-Mughazili dan Abu Abdullah Muhammad Ibn �Anbasah. Guru2 lain termasuklah Abu Yahya al-Mawardi atau Ibn Karnib. Berpindah ke Iraq pada 959M dan terkenal sebagai guru. Rapat dengan Abu Ubaidillah al-Husain Ibn Ahmad Ibn Sa�don yang merupakan menteri kepada Syams al-Dulah Ibn �Adhd al-Daulah al-Buwaihi. Menonjolkan kehebatan Abu Haiyan al-Tauhidi kepada Ibn Sa�d. Hidup sederhana hingga akhir hayat. Menguasai ilmu geometri dan mampu beri pandangan baru yang menarik. Karya yang banyak termasuk ilmu hisab, falak dan ulasan buku Khaarizmi tentang algebra. Memberi sumbangan terutama dalam teori2 geometri dan menghubungkan algebra dengan geometri. Merintis bidang pengajian geometri analisis. Kurang berjaya dalam ilmu falak. Ada kata-kata indah mengenai hidup dan masyarakat.
IBN YUNUS (1009M) PAKAR ASTRONOMI
Ibn Yunus atau nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali Ibn Abdul Rahman Ibn Ahmad Ibn Yunus Ibn Abdul A�la al-Sadafi. Hubungan yang rapat dengan kerajaan Fatimiah, Khalifah al-Aziz meminta beliau melukis rajah bergerak cakerawala untuk kegunaan baginda dan membina pusat kaji bintang di Kaherah selama setahun lebih. Juga mahir ilmu sastera selain ilmu falak. Antara karyanya, al-Ziji al-Hakimi al-Kabir yang menjelaskan segala teori dan praktisan. Memperkatakan teori2 perjalanan cakerawala oleh sarjana terdahulu dan sezaman dengannya. Turut mereka batu jam.
AL-KARKHI (1029M) PAKAR MATEMATIK
Asalnya, ilmu kira-kira dianggap tidak penting tetapi setelah kemajuan mula dikecapi, pandangan itu berubah. Kaedah pengiraan angka India dipopularkan. Orang Eropah menganggap itu ialah angka Arab manakala orang Arab menganggap itu ialah angka India. Tokoh dalam bidang ini ialah al-Karkhi yang nama penuhnya Fakrud-Din Abu Bakr Muhammad Ibn al-Hassan al-Hasib. Sekurang2nya tiga karya beliau yang masyhur- al-Kafi(ilmu hisab), al-Fakhri& al-Badi�(algebra). Pandagannya dalam algebra banyak berasaskan pandangan al-Khawarizmi Cuma memperbaharui pengendalian dalam pengiraan. Pendapatnya, ada kelemahan dalam penulisan lama dan tidak dapat menjamin kefahaman. Beliau lebih suka menggunakan huruf untuk menyebut angka kerana lebih sukakan kaedah Yunani berbanding India. Yunani. Al- Karkhi (m. 420 H) pula lebih berminat kepada punca kuasa dua,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment