Penulis awal dalam bidang sastera termasuklah Suhar Ibn al-Abbas al-Abdi (zaman pemerintahan Mu�awiyah). Buku beliau berjudul Al-Amthal yang bermaksud �bidalan�. Antara penulis lain ialah Ziyad Ibn Abih (673M), menulis tentang keaiban orang2 Arab, Alaqah Ibn Karim al-Kilabi (zaman Yazid Ibn Mu�awiyah), bukunya juga berjudul Al-Amthal. Penulis lain, Ubaid Ibn Syiryah, tulis buku sejarah, Kitab al-Muluk wa Akhbar al-Madhin. Ilmu tatabahasa Arab ditulis oleh Abu al-Aswad ad-Du�ali. Ilmu syari�at, Urwah Ibn al-Zubair dan Sulaiman Ibn Qais al-Hilali yang menulis kitab fiqh dalam mazhab Syi�ah. Antara tokoh2 lain ialah Ikrimah (tafsir al-Qur�an), Makhlul al-Syami (kitab al-Sunan Fi al-Fiqh dan Kitab al-Masa�il fi al-fiqh), Abdullah Ibn Amir al-Yahsubi (buku Maqtu� al-Qur�an wa Mausuluh dan Kitab Ikhtilaf Masahif al-Syam wa al-Hijaz wa al-Iraq).
UMAR KHAYYAM � SASTRAWAN AHLI MATEMATIKA
Umar Khayyam merupakan tokoh sastera besar islam, meskipun lebih terkenal sebagai penyair namun beliau juga turut dianggap sebagai pakar dalam matematika algebra. Dalam bidang Matematika, penyair Islam ini telah berhasil memecahkan persamaan pangkat tiga dan pangkat empat melalui kerucut-kerucut yang semua itu merupakan ilmu aljabar tertinggi dalam matematika modern. Sementara itu Umar al-Khayam yang wafat pada tahun 515 H/1121 M, Uraian-uraiannya kemudian berpindah dari Eropah dan menjadi asas kepada apa yang ada pada jaman modern ini.
IBN AL-SAYID AL-BATALYAUSI - SASTRAWAN AHLI FILSAFAT
Tokoh terkemuka di Andalus pada abad ke-6 Hijrah ialah Abu Muhammad Abdullah Ibn al- Sayid, berasal dari Seville, Portugal. Lahir pada tahun 1052M di Batalyausa. Pernah tinggal di Valencia dan menjadi guru yang sangat dihormati. Terkenal sebagai ahli bahasa, sasterawan dan ahli falsafah. Antara karya beliau ialah al-Muthlath, mengandungi perbincangan menarik tentang bahasa menunjukkan beliau sangat arif mengenai bahasa. Juga ada buku untuk mereka yang ingin mendalami penulisan iaitu al-Iqtizhab fi Syarh Adab al-Kuttab. Melalui buku syair beliau, kita dapat melihat bahwa beliau ialah seorang yang mahir berfalsafah.
ABU AL-SULT IBN ABDUL AZIZ - SASTRAWAN SERBA BISA
Lahir di Daniat, Andalus timur tahun 1067M, mendapat pendidikan awal di sana. Antara guru beliau, Abu al-Walid al-Waqsyi yang pakar dalam ilmu bahasa. Al-Sult sangat mahir dalam ilmu2 logik, falsafah, matematik, falak dan muzik, namun lebih terkenal sebagai sasterawan kemudian menjadikan sastra sebagai sumber rezeki. Kedatangan orang2 al-Murabitun menutup rezeki penyair dengan menghapuskan istana yang menjadi tempat penyair mencari rezeki. Maka, beliau pun meninggalkan Andalus dan berhijrah ke Mesir pada tahun 489H. Salah faham dengan penguasa di sana membuatkannya tidak boleh tinggal lebih lama dan berpindah ke Tunisia. Mencari rezeki dengan memuji2 Raja Afrika Barat melalui syair2nya. Antara karyanya termasuklah Hadiqah al-Adab, al-Mulah al-Asriyah dan al-Risalah al-Misriyah. Juga menghasilkan buku perubatan, falak dan logik.
IBN BAJJAH � SASTERAWAN DAN AHLI PENGOBATAN
Ibn Bajjah lahir di Saragossa pada tahun 1082M. Hidup dan bergiat sebagai penyair bagi golongan al-Murabbitin pimpinan Abu Bakr Ibrahim Ibn Tawalfit. Dilantik menjadi menteri. Raja Argou menyerang dan beliau meninggalkannya pada tahun 1117M. Singgah di Valencia dan kemudian menetap di Seville dan mengamalkan ilmu kedoktoran dan ilmu logik. Meninggal dunia setelah diracuni akibat hasad dengki orang2 Morocco. Ia seorang sastrawan unggul, ahli bahasa dan hafiz al-Qur�an, juga mahir perubatan, pemain gambus yang baik, berkemampuan dalam falsafah. Mewariskan buku Risalah al-Wida� yang mengandungi pandangannya tentang falsafah kepada tamadun manusia. Karya2 beliau yang lain berkenaan ilmu logik, psikologi, pemikiran, keturunan, politik dan perubatan. Namun, beliau mempunyai masalah menyelesaikan masalah dalam ilmu2 algebra dan fizik kerana lebih mahir dalam hal2 metafizik. Beliau bagaimanapun tidak setuju dengan pendapat Aristotle iaitu negara sepatutnya ada satu sahaja dan hidup harmoni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment