Penemu Sistem Sirkulasi Pernafasan

Ibn al-Nafis, adalah seorang dokter dan pakar bedah. Nama lengkap beliau ialah �Ala�uddin Abu al-Hasan Ibn Abi al-Hazam al-Qurasyi, seorang Arab keturunan Quraisy. Lahir di bandar Damsyik pada 1210M. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru. Kajian ini membetulkan kesalahan teori Galen Yunani.



Ibn al-Nafis banyak memberi sumbangan kepada pembangunan dalam bidang pengobatan. Berguru dengan ramai ahli pengobatan, termasuk al-Syeikh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Beliau berpindah ke Kaherah bersama Maufiquddin Abu al-Abbas Ahmad Ibn al-Qasim atau Ibn Abi Usaiba�ah dan bekerja di Hospital al-Nasiri. Beliau menjadi pengarah hospital manakala rekannya itu menjadi ahli pengobatan mata.



Beliau juga mendalami ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Ada yang menyamakan beliau dengan Ibn Sina tetapi beliau lebih pakar dalam pembedahan. Berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong kerana percaya ada kaitan antara pernafasan dan degupan jantung. Sarana beliau ialah memanfaatkan binatang sebagai cara untuk mempelajari struktur tubuh manusia. Telah menghasilkan banyak penulisan tetapi kebanyakannya telah hilang. Beliau meniggal di Damsyik apda 1288 M.

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.