Kisah Nabi Ibrahim AS

Negeri Babylon subur tanahnya, makmur rakyatnya. Tetapi keadaannya di zaman hidupnya Nabi Ibrahim rakyatnya picik dalam pengetahuan, bergelumang dalam dunia kegelapan dan kebodohan. Di negeri yang subur dan rakyat yang makmur tetapi bodoh itu, memerintah seorang Raja yang hanya menjalankan kehendak nafsu dan dirinya sendiri. Itulah dianya Raja Namrud bin Kanan bin Kusy. Di tangannyalah letak segala kekuasaan. Rakyat semakin jauh terperosok ke lembah kegelapan dan kebodohan. Raja itu pulalah yang memerintahkan membuat patong dari batu. Dan telah menjadi kegemaran Raja itu untuk memuja muja patong batu yang terbaik. Kemudian si rakyat banyak diperintahkan sang Raja menyembah nyembah patong dari batu itu. Itulah Tuhan, kata Raja, sedang rakyat hanya diberi kesempatan untuk tunduk saja.



Raja Namrud yang berkuasa itu pada suatu malam bermimpi dalam tidurnya, bahawa ia melihat seorang anak kecil melompat masuk ke dalam kamarnya, lalu merampas mahkota yang sedang dipakainya di atas kepalanya, l
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.