Kisah Nabi Zulkifli AS

Nabi Zulkifli terkenal amanah dan penyabar. Beliau Zulkifli, anak nabi Ayub. nama sebenarnya Basyar, tetapi diberi gelaran zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya. Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.



Raja itu berkata di khalayak ramai: wahai rakyatku! siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya. tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. sekali lagi raja berkata: siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?



Sejurus itu, sahut seorang pemuda bernama basyar dengan suara yang lantang: aku sanggup. dengan keberanian dan kesanggupan basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran zulkifli. Beliau adalah nabi yang cukup sabar seperti firman allah, bermaksud : ismail, idris dan zulkifli adalah orang yang sabar dan kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar.Kemudian zulkifli menggantikan raja yang sudah tua itu. pada waktu siang beliau berpuasa, tetapi tidak pernah melupakan urusan pemerintahan, malah melayani rakyatnya dengan baik. pada waktu malam, beliau memanfaatkannya dengan beribadah kepada Allah.



Satu hari, syaitan yang menyerupai manusia datang kepadanya ketika beliau tidur. kedatangan tetamu (syaitan) itu kononnya untuk menyelesaikan urusan dengan raja (zulkifli), tetapi tujuan sebenar mahu menggoda. kedatangannya disambut wakil zulkifli kerana waktu itu beliau mahu tidur. Tetapi tetamu itu tidak mahu disambut wakilnya, lalu didesak supaya terus dapat berjumpa dengan beliau. Disebabkan tamu itu tidak mau pergi, malah meminta urusannya diselesaikan segera, zulkifli keluar menemuinya. selesai urusan itu, tamu tersebut lalu pergi. zulkifli baru menyedari tamu itu adalah syaitan yang mau menggodanya. walaupun mengetahui tamu itu syaitan, beliau tidak marah, malah tetap bersabar. Satu hari pernah pula peperangan di negeri itu terhadap orang yang derhaka kepada Allah. Raja Zulkifli memerintahkan rakyatnya sepaya menghadapi orang derhaka itu, tetapi dibantah.



Rakyatnya berkata: wahai raja, kami takut berperang kerana kami masih mau hidup. jika kamu minta kepada Allah untuk menjamin hidup kami, baru kami mahu berperang. mendengar perkataan rakyatnya itu, zulkifli berdoa: ya Allah, aku menyampaikan risalah tuhan kepada mereka, menyuruh mereka berperang, tetapi mereka mempunyai permintaan. sesungguhnya allah mengetahui permintaan mereka. tidak lama selepas itu, allah menurunkan wahyu : Wahai Zulkifli, aku (Allah) telah mengetahui permintaan mereka dan aku mendengar doamu. semuanya aku akan kabulkan.



Nabi zulkifli digolongkan dalam al-quran sebagai orang yang sabar dan soleh. firman allah bermaksud: dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa dan Zulkifli. semuanya orang yang paling baik. Zulkifli yang dinyatakan melalui al-quran itu bukannya kifli seperti dinyatakan dalam sebuah hadis (hasan) yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tirmizi, iaitu: Kifli yang dari bani Israel tidak menjaga diri dari dosa.



Ada seorang wanita muda datang kepadanya, lalu kifli memberi wang 60 dinar kepadanya dengan maksud wanita itu setuju disetubuhi. setelah kifli siap melakukan persetubuhan itu selayak seorang suami ke atas isteri, tiba-tiba wanita itu gementar dan menangis. kifli bertanya kepada wanita itu: kenapa kamu menangis? apakah kamu tidak mahu? Wanita itu menjawab: tidak, tetapi perbuatan seperti itu aku belum pernah lakukan dan aku mahu lakukannya kerana ada keperluan yang mendesak. kifli berkata: jadi, baru kali ini kamu melakukan perbuatan seperti itu. sebelum ini kamu belum pernah melakukannya. kemudian kifli melepaskan wanita itu dan berkata: pergilah kamu dan bawalah dinar yang telah aku berikan kepadamu. kemudian rasulullah bersabda:, demi allah, kifli tidak melakukan maksiat terhadap Allah selamanya. selepas itu kifli meninggal dunia pada waktu malam dan dipintunya tertulis, allah memberikan keampunan kepada kifli. mengikut teori pada sanad hadis itu, kifli yang diceritakan dalam hadis berkenaan bukan zulkifli kerana ia menyebut perkataan kifli saja, dengan tidak mengaitkan perkataan lain yang merujuk pada Zulkifli.



Nabi Zulkifli mempunyai rakyat yang ramai dan berusia lanjut hingga negerinya padat dan menghadapi masalah bekalan makanan. selepas itu, rakyatnya yang panjang usia meminta nabi zulkifli supaya ditentukan ajal. Zulkifli meninggal dunia pada usia 75 tahun. beliau seorang nabi dan raja terkenal dengan sikap sabar dan tidak marah. beliau juga mematuhi janji dan segala amanah yang diserahkan raja terdahulu hingga dapat memimpin kaumnya dengan baik.

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.