Kisah Nabi Harun AS

Nabi Harun adalah nabi yang fasih dalam berbicara. Nama lengkapnya ialah Harun bin imran bin qahits bin lawi bin yaakub bin ishak bin ibrahim. beliau ialah saudara seibu nabi musa, diutuskan untuk membantu musa memimpin bani israel ke jalan yang benar. Nabi Harun hidup selama 122 tahun. beliau wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di daerah al tiih, iaitu sebelum bani israel memasuki Palestin.



Firman Allah bermaksud: dan kami telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat kami, iaitu saudaranya, harun menjadi seorang nabi. harun dilahirkan tiga tahun sebelum musa. beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti musa dalam menyampaikan dakwah kepada firaun, hamman dan qarun.



Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan dalam al-quran: dan saudaraku harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan berdusta. sepanjang peninggalan nabi musa untuk bermunajat di thur sina, harun juga diberikan amanah untuk mengawasi dan memimpin penduduk bani israel daripada melakukan kemungkaran, apa lagi menyekutukan allah dengan benda lain.



Musa berkata kepada Harun : gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah, jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan kerosakan. bagaimanapun, sepanjang pemergian musa ke thur sina, berlaku ujian terhadap bani israel. sebilangan mereka menyekutukan allah dengan menyembah anak lembu yang diperbuat daripada emas oleh samiri.



Mereka menyembah patung lembu itu selepas terpedaya dengan tipu helah samiri yang menjadikannya sehingga boleh bercakap. Harun sudah mengingatkan mereka kelakuan itu adalah dosa besar, namun segala nasihat dan amaran berkenaan tidak dipedulikan.



Selepas bermunajat selama 40 hari, musa kembali kepada kaumnya dan sungguh terkejut dengan perbuatan menyembah patung lembu itu. Musa bukan saja marah kepada kaumnya, malah harun sendiri turut ditarik kepala dan janggutnya. Musa bertanya kepada Harun : Wahai Harun, apa yang menghalangi engkau daripada mencegah mereka ketika engkau melihat mereka sesat? apakah engkau tidak mengikut aku atau engkau menderhakai perintahku?



Harun berkata : Wahai anak ibuku, janganlah engkau renggut janggutku dan janganlah engkau tarik kepalaku, sesungguhnya aku takut engkau akan berkata, engkau adakan perpecahan dalam bani israel dan engkau tidak pelihara perkataanku. kemudian Musa mendapatkan Samiri, lalu berkata : pergilah kamu dari sini bersama pengikutmu. Patung sapi itu yang menjadi tuhanmu akan aku bakar, kemudian aku akan hanyutkan ke dalam laut. kamu dan pengikutmu pasti mendapat seksa.



Mengenai bani israel, mereka memang degil, banyak soal dan sukar dipimpin, namun dengan kesabaran Musa dan Harun, mereka dapat dipimpin supaya mengikuti syariat Allah, seperti terkandung dalam Taurat ketika itu. selepas Harun dan Musa meninggal dunia, bani israel dipimpin oleh Yusya bin Nun. Namun, selepas Yusya mati, lama-kelamaan sebilangan besar mereka meninggalkan syariat yang terkandung dalam Taurat. Malah, ada kalangan mereka yang mengubah hukum di dalam kitab berkenaan, sehingga menimbulkan perselisihan dan perbedaan pendapat, akhirnya menyebabkan perpecahan bani Israel.

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright Tokoh Ternama All Rights Reserved.